tabung masa depan

penguat semangat

Sunday, 24 July 2011

finally meet my vampire

Salam semua! ^_^
ok now over excited
mie da jumpa da kawan mie yang mie nak jumpa sangat2
tapi selalu je tak ada peluang nak jumpa


but never mind la
da meet pun tadi ^_^
wee!!
thanks to him for coming!


kami kawan since bulan 10 tahun lepas
da 10 bulan kami kawan
macam2 da tempuh
tapi setakat dalam phone and skype je la kan
nak jumpa punya la susah
hee ^_^"
sorang kat kl and sorang kat johor
if dia kat kl mie lak kat sarawak =.="
kalau dua2 kat kl pun ada je yang menghalang
macam mana la nak meet kan

tapi pe pun kami sangat rapat
kami rapat as fren =)
anything i'll tell him
dia la my along, my vampire and 
also my good and closed fren
^_^


seyes tak sangka dapat meet
actually time lunch break tadi dia ada call
kata da nak datang
but i though dia just main2 cz dia selalu mcm tu =.="


tapi after mie abis kerja tengok phone
banyak gila mscall dr dia
mie call balik
and he said that he's already here (giant batu caves)
tengah lepak makan kat kfc
macam tak percaya pun ada la kan =.="


mie yakinkan diri gak pergi kfc tengok tapi seyes dia ada
dia tak tipu ^_^
rasa berdebar2, over happy, nak melompat
nak menjerit semua ada
tak sangka kot!


tapi dapat lepak kejap je T_T sobs~
mie kena balik nanti mak ayah risau pulak 
sedih la gak kan
but never mind 
i'll meet him next time ^_^
can't wait till that time come 
wee! XD

mood macam love2 terbang nie

malam nie tidur dengan senyuman lebar =D
so till then
see ya
salam ^_^

Friday, 22 July 2011

resepi yummy lasagna

Salam cik kiah, cik temah, cik bedah 
and semua cik-cik la ye..
^_^
hari nie cik mie nak share resepi lasagna dengan cik-cik kalian
mau tau??
jom! ^_^
(budget orang heran la tu =.=")

so tadaa!

nie bekas kecil..yang lagi satu lagi lembab dari nie

so meh ambil periuk belanga kuali sudip semua
haa, paling penting ambil pen and kertas ^_^
salin2

****

bahan-bahan:

de lagi xsnap..sorry =.="

bahan paling penting!
1 paket instant lasagna san remo


bahan-bahan untuk meat sauce:
sedikit olive oil (untuk menumis)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dicincang halus juga)
1 paket daging kisar ramlee (tak kisah nak guna daging ayam atau lembu ^_^)
 [oh,daging nie direbus dulu ye supaya senang and cepat =) ]
3/4 biji tomato (dipotong dadu)
1 botol sos pasta
air rebusan daging


bahan-bahan untuk cheese sauce:
3 sudu besar butter
4 sudu besar tepung
2 1/2 cawan susu segar
1 bungkus cheddar cheese
1 biji telur ( dipukul)

** untuk hiasan taburkan cheese mozarella =)


ok jom start masak! wee ^_^
cara-caranya ialah:


meat sauce:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga layu
2. Masukkan bawang besar dan daging kisar. Kacau sehingga agak masak
3. Masukkan 1 botol pasta, tomato dan air rebusan daging
4. Kacau dalam keadaan api perlahan. Pastikan air melebihi isi daging
kalau tak nanti pekat sangat ^_^


cheese sauce:
1. Cairkan butter, then masukkan tepung. Kacau sehingga menjadi ketul-ketul
2. Masukkan sedikit susu dan kacau sehingga sebati
then masukkan lebihan susu
3. Masukkan satu bungkus cheddar cheese dan satu biji telur
4. Kacau sehingga sebati

** hasilnya cheese sauce nie pekat


da siap dua2 sauce kita sediakn bekas yang sesuai untuk letak kepingan lasagna nie
lasagna nie agak besar so cari la bekas besar sikit ye =)

1. Susun kepingan lasagna pada dasar bekas
2. Masukkan meat sauce dan ratakan.
jangan terlampau banyak ok
agak2 la ^_^
3. Susun lagi kepingan lasagna atas meat sauce tadi
then masukkan cheese sauce pulak

**buat la selang-seli sampai siap ok ^_^


take note!
bahagian atas sekali mesti cheese sauce
and the finishing is taburkan mozarella cheese (part paling suka ^_^)

sampai jadi cmni tau..actually yang bekas kecil tu..yang besar nie sebab xcukup cheese sauce ^_^"

then masukkan dalam oven
bakar bawah 180 darjah celcius
bakar sehingga keperang-perangan macam pic bawah nie ye ^_^


cheese yang banyak! yummy!
so wallah~
siap sudah
happy tryin' all ^_^


so far my family kata sedap
we all love it!
lepas nie nak try resepi lasagna cara lain pulak ^_^ 
(khas untuk vegetarian pulak sebab banyak sayur)
wee


so till then
see ya ^_^
salam


bf lama muncul!!

Salam semua ^_^
jeng..jeng..jeng
nie gila suspen nie..
hahaha
ye bf lama muncul balik
habis dia serang semua hati orang kt cinema


ok, mesti korang blur sape kn?
bf lama : HARRY POTTER!

fall in love dengan cerita nie since 1st cerita nie keluar lagi ^_^

hahahaa...
dia da serang semua cinema kat malaysia
tapi mie je masih ketinggalan tak 'terjumpa' bf lama mie tu
=.="
nak pergi cinema sampai beribu-ribu kali fikir
duit tarak and masa pun tarak nak pi
sekarang bz kerja =.="


last2.. fikir punya fikir
my beloved fren syaza afiqah bagi  penyelesaian
dia bagi link nak tengok cerita HP nie kat dalam lappy je
punya la excited mie sampai melompat-lompat dalam bilik
nasib baik tak runtuh rumah
hahahaah ^_^"


so da boleh tengok without pergi cinema la kan
weee!!! XD
so nie la link dia =)
klik sini-sini


enjoy the movie yaw~ ^_^
mie pun nk layan sat..hee


review watak-watak dalam HP :

HARRY POTTER-bf lama yang muncul semula


LORD VOLDEMORT-musuh ku,,,waahh, mengancam je muka~ ^_^"


HERMONIE GRANGER-madu ku..hahaha..suka2 je

DRACO MALFOY-budak jahat~ tapi handsome la pulak kn =.="

RON WEASLEY-bf lama kedua..hahaha
BELLATRIX LESTRANGE-minah cun yang kejam

and last but not least


PROFESOR DUMBLEDORE-sangat berkuasa =)


ok la
till then
see ya
salam ^_^

saya tak mahu kahwin lagi la pak cik~

Salam semua~
suspen gila tajuk entry
ok straight to the point ok

tengah syok2 greeting customer yang lalu lalang
ada sorang pak cik tanya mie smthng

***

our 'bebelan' :

PAK CIK: kamu nie melayu betul ke?
MIE: ye pak cik..saya melayu betul..kenapa pak cik?
PAK CIK: yeke? tapi kenapa kamu macam amoi yang pakai tudung 
(tergelak sendiri aku dengar ^_^")
MIE: hahaha.. tak de la pak cik..saya memang melayu betul =)
PAK CIK: hmm, kamu nak jadi menantu pak cik tak?
MIE: (seyes blur gila) haa? (xterkata apa,gelak je)
PAK CIK: kamu mahu tak?
MIE: tak pe la pak cik, saya tak habis belajar pun lagi..
PAK CIK: tak apa, kalau kamu kahwin dengan anak pak cik kamu duduk rumah je, 
tak payah kerja =)
MIE: tak apa pak cik..saya nak habiskan study dulu =)
PAK CIK: betul kamu tak mahu?
MIE: ye pak cik =)
PAK CIK: kamu ada kawan tak?
MIE: ada pak cik, kenapa?
PAK CIK: masih single?
MIE: ada =)
PAK CIK: bagus2..nanti inform pak cik..tanya nak tak jadi menantu pak cik?
MIE: hah? oh, ok2 =)  (tapi still blur)

***

muka blur yang melampau~

1st time pengalaman macam nie...
seyes kelakar~
hahahaha XD
gelak sorang2 la aku =)

ok la
till then 
see ya
salam ^_^

Wednesday, 20 July 2011

tak nak tapi terpaksa =.="

Salam semua!
tajuk entry semacam je? ^_^"
hahaha
actually nie ada kena-mengena dengan kerja mie sekarang


ok2 nak tanya
korang suka ke if korang nak shopping
then ada orang ikut je belakang korang?
tak kan..kan..kan?




apa dalam kepala atau hati korang berkata:

1. Apa, ingat kita nak curi ke?
...
2. Barang tak de la lawa  and mahal mana tapi ikut macam 
pak guard, konon barang yang dorang jual nie berjuta pulak!
...
3. Hish! Apa minah nie...ikut2 pulak..
bikin panas je..hilang mood aku! grr
...
4. Apa ingat aku kemaruk sangat ke dengan barang kau nie?





nie antara yang korang fikir kan?
seyes!!
mie pun fikir macam tu
sangat2 tak selesa
boleh terbantut nak shopping tau
terus hilang mood
dari excited2 nak beli terus CANCEL ok!




but now mie ada kat tempat 'sales assistant' sendiri
baru faham perasaan dorang yang TERPAKSA ikut korang2 semua
bukan kami nak
ulang suara!
KAMI TAK MAHU PUN!
tapi kami terpaksa =.="
tu kerja kami
tugas kami membantu customer sebenarnya

tapi yela
siapa suka kena macam tu kan?
orang ikut je kita mana kita pergi
ye..
faham2
mie pun rasa yang sama tapi sabar je k
buat2 tak nampak je da la
shopping je macam biasa


nie la antara 'tip-tip shopping' dari cik mie kepada anda2 semua
eh lari tajuk pulak ^_^"
tak kisah la
layan kan je =D

till then
see ya
salam ^_^

Monday, 18 July 2011

saya ada kembar

Salam semua! ^_^
feewwiit..mie ada kembar!
waaahh...over sudah~

muka gedik saja nk tayang dia ada kembar! hahaha

ecceehh, macam kau je ada kembar mie!
hahahahaha =D

ok2
introduce u all
PUTERI DIYANA
my lovely sis =)
tapi lain mak ayah ^_^
hee


ok dalam nie nampak tak sama kan? =.="
tapi seyes!
ramai orang kat tempat kerja kami ingat kami adik-beradik
aww..aku dapat akak free
statement tak boleh blah
hahahaha...
gila sengal!

akak nie baik
cun melecun pulak tu
eceeh bodek!
padahal da dapat minyak wangi free tadi =)
oh lupa nak bagi tau
akak nie jual perfume depan Hinode Shop =)
so jemput2 la datang Giant batu caves beli perfume akak mie nie
waahh pomote!

ok till then
see ya!
salam =)

Sunday, 10 July 2011

resepi roti pizza =)

Salam ^_^
feewwwiit!
nie cik mie nk kongsi resepi baru
x tau apa tebiat aku kali nie..adeehhh =.="
heee =D

resepi roti pizza nie semua jadi semalam
after aku balik kerja shift petang
sampai2 rumah lapar gila
so selongkar peti besi
ok tipu
peti ais dan kebetulan ada kuah spagethi lebih
so taadaa!
nie hasilnya ROTI PIZZA =)
nyum2!!



macam kurang cheese je kn? 
memang pun =)

so nak tau resepi dia?
jom!!


bahan-bahan:
4 keping roti (dipenyekkan)
kuah spagethi (ada isi ayam, carrot dan daging)
2 sosej yang telah digoreng/direbus (terpulang pada u all )
keju (ikut kemahuan sendiri)

Cara-cara:
1. Letakkan 4 keping roti tersebut secara rapat-rapat
2. Ratakan kuah spagethi pada setiap roti
3. Potong sosej secara menyerong dan kemudian susun atas kuah spagethi
and the last one is my favourite!
4. Taburkan cheese ikut korang suka..if suka cheese melimpah letak banyak-banyak =)
oh jangan lupa masukkan dalam ketuhar ye =)
bakar dalam 2-3 minit
as long as cheese tu cair la =)


so tu la cara-cara dia
simple je kan?
till then =)
see ya
Salam =))) 

Tuesday, 5 July 2011

jejak kasih

Salam semua ^_^

Sorry been bz lately nie..adoii =.=" memanjang shift petang
balik da tgh mlm so apa lagi, tido terus la.. krrohh2! hee..
huduhnye la perangai =.=" 
Nie dapat post new entry pn sebab cuti hari nie (isnin).. =)

Hmm ok, tajuk entry mcm jiwang2 je kn? hahaha..agak la~ 
Actually da lama da nie
 just baru ada masa n mood nk post..ngee (pemalas)

Semua nie start dari sorang member lama
kami kawan since drjah 3 thun 1999 time tu,
 dia upload satu pic lama time kami sek rendah drjah tiga dulu
semua muka sememeh je
berhingus sana sini
tapi skrg semua dah handsome n cun melecun da
da boleh jadi mak n bapak budak da pn (gatai gila =.=")

nie la pic dia :) 

muka aku harus la tutup!
malu sebenarnye, huduh semacam..tssk

introduce u all : mastermind jejak kasih nie =)

nama awek cun melecun nie NURUL HANAN
nak tengok FB dia? klik SINI


memang cun kn? hehehe...
disebabkan beliau lah kami dapat meet balik kawan2 lama
mcm agak tragis je..
hahahaha =D
tp apa2 pun thnx a lot to her cz da pertemukn kami semua semula..sobs T_T
eceh kunun sedih!
=D

da la, xmo melalut lebih
till then
see ya guys! =)
salam