tabung masa depan

penguat semangat

Friday, 22 July 2011

resepi yummy lasagna

Salam cik kiah, cik temah, cik bedah 
and semua cik-cik la ye..
^_^
hari nie cik mie nak share resepi lasagna dengan cik-cik kalian
mau tau??
jom! ^_^
(budget orang heran la tu =.=")

so tadaa!

nie bekas kecil..yang lagi satu lagi lembab dari nie

so meh ambil periuk belanga kuali sudip semua
haa, paling penting ambil pen and kertas ^_^
salin2

****

bahan-bahan:

de lagi xsnap..sorry =.="

bahan paling penting!
1 paket instant lasagna san remo


bahan-bahan untuk meat sauce:
sedikit olive oil (untuk menumis)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dicincang halus juga)
1 paket daging kisar ramlee (tak kisah nak guna daging ayam atau lembu ^_^)
 [oh,daging nie direbus dulu ye supaya senang and cepat =) ]
3/4 biji tomato (dipotong dadu)
1 botol sos pasta
air rebusan daging


bahan-bahan untuk cheese sauce:
3 sudu besar butter
4 sudu besar tepung
2 1/2 cawan susu segar
1 bungkus cheddar cheese
1 biji telur ( dipukul)

** untuk hiasan taburkan cheese mozarella =)


ok jom start masak! wee ^_^
cara-caranya ialah:


meat sauce:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga layu
2. Masukkan bawang besar dan daging kisar. Kacau sehingga agak masak
3. Masukkan 1 botol pasta, tomato dan air rebusan daging
4. Kacau dalam keadaan api perlahan. Pastikan air melebihi isi daging
kalau tak nanti pekat sangat ^_^


cheese sauce:
1. Cairkan butter, then masukkan tepung. Kacau sehingga menjadi ketul-ketul
2. Masukkan sedikit susu dan kacau sehingga sebati
then masukkan lebihan susu
3. Masukkan satu bungkus cheddar cheese dan satu biji telur
4. Kacau sehingga sebati

** hasilnya cheese sauce nie pekat


da siap dua2 sauce kita sediakn bekas yang sesuai untuk letak kepingan lasagna nie
lasagna nie agak besar so cari la bekas besar sikit ye =)

1. Susun kepingan lasagna pada dasar bekas
2. Masukkan meat sauce dan ratakan.
jangan terlampau banyak ok
agak2 la ^_^
3. Susun lagi kepingan lasagna atas meat sauce tadi
then masukkan cheese sauce pulak

**buat la selang-seli sampai siap ok ^_^


take note!
bahagian atas sekali mesti cheese sauce
and the finishing is taburkan mozarella cheese (part paling suka ^_^)

sampai jadi cmni tau..actually yang bekas kecil tu..yang besar nie sebab xcukup cheese sauce ^_^"

then masukkan dalam oven
bakar bawah 180 darjah celcius
bakar sehingga keperang-perangan macam pic bawah nie ye ^_^


cheese yang banyak! yummy!
so wallah~
siap sudah
happy tryin' all ^_^


so far my family kata sedap
we all love it!
lepas nie nak try resepi lasagna cara lain pulak ^_^ 
(khas untuk vegetarian pulak sebab banyak sayur)
wee


so till then
see ya ^_^
salam


1 000 pengomen tegar:

maszull said...

salam...wah sedap nyer lasagna tu....mama nak copy resepi ni yer...rasanya mcm nak mencuba membuatnya sendiri...:)